Singgah beli air minuman utk bekalan sekiranya berbuka di dalam perjalanan.
Hantar anak ke Lendu, Minggu pertama puasa balik berbuka puasa di rumah bersama keluarga.
Singgah beli air minuman utk bekalan sekiranya berbuka di dalam perjalanan.
Hantar anak ke Lendu, Minggu pertama puasa balik berbuka puasa di rumah bersama keluarga.
Semenjak keadaan berjerebu jumlah penumpang yang menaiki Teksi berkurangan. Orang tak keluar ke bandar Kajang. Semua orang memilih untuk berada di rumah kerana jerebu yang semakin menebal yang boleh menjejaskan kesihatan.
Walaupun tidak ramai penumpang namun teksi tetap kena jalan dan sewa tetap kena bayar. Anak isteri tetap kena bagi makan. Tapi rezeki Allah yang beri. Kalau minggu ni tak ramai penumpang, mungkin minggu depan bila jerebu dah kurang, ada lah rezeki insyaallah.
Berhati hati lah anda semasa berada di bus stop atau taxi stop. Semasa menunggu cuba perhatikan struktur bus / taxi stop tu, samada terdapat kesan retak atau kecacatan pada tiang, lantai dan bumbungnya. Jangan jadi seperti dalam gambar ni.